Akaun masjidkualadura.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DANA WAKAF MASJID KAMPUNG KUALA DURA
Jom Berwaqaf Untuk Rumah Allah 

Bantu dalam membina Surau & Masjdi bermaknanya kita membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu, bertadarrus al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikan.


‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).



Masjid Kg Kuala Dura yang berletak di Kuala Berang, Terengganu memerlukan RM 1 Juta bagi menampung kos pembinaan dan pengurusan masjid.

Tempat dan ruang yang terhad di Masjid Kg Kuala Dura ini menjadi kekangan untuk melakukan aktiviti dan program anjuran masjid.

Dana tersebut akan digunakan untuk urusan pembinaan bahagian masjid iaitu pembinaan Dewan Fardhu Ain dan Dewan Makan yang baharu. Pembinaan ini dapat menyumbang kepada kelancaran proses pengajian dan pengurusan masjid.


 
Pihak pengurusan Masjid Kg Kuala Dura mengalu-alukan jasa baik saudara saudari yang ingin turut serta menyumbang bagi melancarkan proses pembinaan bahagian masjid ini. Pembinaan ini akan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah masjid.



Antara barangan dan keperluan yang diperlukan termasuklah:

  • Batu bata
  • Simen
  • Besi
  • Tiang
  • Atap
  • Mozek
  • Kipas
  • Alat penghawa dingin
  • Karpet







وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.
 (Surah Al-Ma’idah, ayat 2)






Setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi saham pahala yang amat bernilai bagi para penderma.

Salurkan sumbangan anda melalui:


Bank : MAYBANK ISLAMIC
Nama : MASJID KG KUALA DURA
No Akaun : 5630 3706 9356
Reference: MASJID


Pilihan Sumbangan

Pakej VVIP : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 500)
Pakej A : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 300)
Pakej B : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 200)
Pakej C : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 100)
Pakej D : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 50)
Pakej E : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 30)
Atau boleh juga beri berapa SEIKHLAS HATI.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.



Makluman:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 0145443417 (UST FAIZUL)